Orang Melayu berasal dari Etnik Dusun ( Melayu Sebenar )
-
menurut kajian oleh Kumpulan penyelidik diketuai Timbalan Dekan
(Penyelidikan dan Pengajian Siswazah), Pusat Pengajian Sains Kesihatan.
USM, Prof Madya Dr.ZAFARINA BINTI ZAINUDDIN
Ketua penyelidik sains. forensik Universiti Sains Malaysia (USM)
-UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
SCHOOL OF HEALTH SCIENCES, HEALTH CAMPUS,
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, 16150 KUBANG KERIAN,
KELANTAN,
MALAYSIA.
TEL. NO. (OFFICE)09-7663993
FAX NO.09-764 7884
E-MAIL ADDRESS; zafarina@kck.usm.my
PHD, FORENSIC SCIENCE, UNIV OF GLASGOW, UK, 2004.
Bachelor, BIOKIMIA, UNIVERSITI MALAYA, 1997.
Master, MOLECULAR BIOLOGY, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA)
kajian
Dr Zafarina ada menunjukkan orang Melayu berhijrah dari Borneo ke
Sumatra dan Semenanjung. Perbendaharaan bahasa Melayu juga sangat banyak
dalam bahasa Dusun atau Dayak yang lain. Tapi setakat ini beliau cuma
membuktikan penghijrahan tersebar dari Borneo ke Sulawesi, Sumatra,
Semenanjung hingga ke Taiwan. Tapi "Teori Yunan" masih belum dipatahkan
kerana manusia di Borneo adalah Mongloid.
Perkataan Melayu
berasal dari Melayur iaitu istilah suku Malayalam atau Malabar dari
India Selatan yang bermakna bukit atau permatang.
Orang-orang
Melayur adalah masyarakat asli Nusantara Sumatera (yang berasal dari
Pulau Borneo berhijrah ke Sumatera yang menggunakan bahasa asal atau
asli Melayu) berkahwin dengan orang-orang Indian Malabar atau Malayalam.
Hasil pertembungan dua bangsa dan budaya menghasilkan bangsa Melayur
sempena tempat yang dinamakan Melayur dan juga menghasilkan Indianized
Kingdom (kerajaan dipengauhi India) yang memerintah ribuan tahun di
kepulauan Nusantara.
Dunia Melayu mulai dikenali dengan
kewujudan pemerintahan raja-raja kacukan India dan penduduk asli
kepulauan nusantara termasuk Sumatera, Jawa, Borneo, Filipina, dan
Champa di Vietnam. Kedatangan pengaruh Arab Islam telah menjadikan
kerajaan Melayur kerajaan Islam setelah raja-raja orang Melayur memeluk
agama Islam.
Bangsa dan pemerintahan raja-raja Melayur akhirnya
dikenali sebagai Melayu dan berkembang pesat melalui perkahwinan antara
kerabat di raja, perdagangan, peperangan atau penaklukan, dan juga
diplomasi atau politik.
Bahasa Melayu yang kita kini kenali
berkembang menjadi bahasa perdagangan, diplomasi dan keagamaan di
seluruh kepulauan nusantara di mana kerajaan Melayu telah diwujudkan.
Bahasa
Melayu asal mempunyai persamaan dengan bahasa asli Borneo khususnya
Dusun dan Iban. Bahasa Melayu moden adalah 70% bahasa India (Sanskrit)
yang digunakan oleh suku kacukan Melayu yang dipengaruhi kemudian oleh
bahasa Arab, Cina dan Portugis disebabkan pertembungan budaya antara
benua melalui perdagangan di bumi Melayu.
Hari ini istilah
Melayu bukan istilah bangsa (race) tetapi etnik (dari segi agama) kerana
tidak ada bangsa yang dikenali sebagai Melayu menurut Perlembagaan
Malaysia. Seorang Melayu adalah sesiapa yang biasanya mengunakan bahasa
Melayu, beraga Islam dan mengamalkan budaya Melayu. Bahasa dan Budaya
Melayu adalah termasuk bahasa Sanskrit dan budaya masyarakat India
Selatan.
Dalam bahasa Melayu moden, perkataan asal Melayu hanya 30% yang hampir kesemuanya dapat dikesan berasal dari Pulau Borneo.
Hampir
kesemua raja-raja Melayu di zaman dahulu adalah kacukan India dan
tempatan (Sumatera dan Borneo)yang menggunakan bahasa tempatan sebagai
bahasa asal diperkayakan dengan bahasa asing. Pada hakikatnya bahasa
Melayu sekarang adalah bahasa yang diperkayakan oleh bahasa asing
khususnya bahasa Sanskrit sesuai dengan kedudukan sejarah dimana selama
2,000 tahun kepulauan nusantara dipengaruhi oleh India dan Arab.
Istilah masuka Melayu bermakna menjadi sebahagian masyarakat berbudaya
tinggi berasaskan budaya India dan Arab. Manusia Pagan atau Kafir
dikecualikan dari defininasi ini.
Penulis-penulis sejarah Melayu
sebenarnya adalah Melayu kacukan tempatan dan Inda seperti Munsyi
Abdullah. Raja-raja atau Sultan-Sultan Melayu zaman dahulu menganggap
diri mereka keturunan Raja Iskandar Zulkarnain.
Tuntutan ini
mempunyai kebenarannya kerana raja-raja Melayur adalah kacukan wanita
tempatan dan pembesar-pembesar atau pedagang-pedagang kaya dari India
yang seterusnya mungkin keturunan penjajah Greek di India di zaman
sebelum masihi.
Hari ini, penulis-penulis Barat telah menjadikan
istilah Melayu untuk mengtakrifkan penduduk asli di kepulauan Nusantara
sebagai orang-orang Melayu. Ianya tidak lagi bermakna kacukan India dan
orang-orang tempatan atau tertumpu kepada pembesar-pembesar negeri.
Istilah ini juga dapat diterima sepenuhnya oleh masyarakat serumpun d
kepulauan Asia Tenggara/nusantara.
Walau bagaimana pun, isitlah
Melayu hanya digunakan setakat istilah akademik. Ianya digunakan secara
meluas oleh penyelidik Barat untuk mengenali masyarakat penutur bahasa
Austronesian Malayo Polynesian dari Pulau Madagascar Lautan India Afrika
ke Pulau Easter lautan Pasifik Amerika Selatan.
Penulis-penulis
tempatan juga menulis mengenai kehebatan pelayar-pelayar orang Melayu
menjelajah dunia untuk menguasai maritim lautan Hindi dan lautan Pasifik
di zaman kuno sebelum Cheng Ho atau Magellan menerokai pelayaran lautan
merentasi benua.
Kita juga membaca bahawa terdapat 300 juta
orang-orang Melayu di seluruh dunia dan pengaruh orang-orang Melayu
menjadikan bangsa Melayu sebagai salah satu bangsa peneroka terbesar
lautan luas.
Istilah rumpun melayu sering dikumandangkan seolah-olah ianya suatu kenyataan.
Namun
hakikatnya, Perlembagaan Malaysia telah memberi pengertian sempit
mengenai istilah Melayu. Berdasarkan tafsiran Perlembagaan Malaysia
hanya terdapat 25 manusia di seluruh bumi yang dinamakan Melayu.
Orang-orang Jawa di luar Malaysia bukan orang Melayu, orang-orang asli
Borneo yang pada hakikatnya rumpun Melayu juga bukan Melayu kerana
mereka masih bertutur dalam bahasa atau dialek suku masing-masing.
Menurut
Perlembagaan Malaysia, bangsa Melayu bukan istilah bangsa tetapi
istilah agama dan budaya atau cara hidup. Orang India dan Arab Islam
boleh menjadi Melayu. Dalam duia hanya terdapat dua kumpulan besar yang
mendefinasikan diri mereka melalui agama dan bukan bangsa. Salah satu
ialah Melayu (berdasarkan Perlembagaan Mlaaysia dan yang kedua bangsa
Yahudi yang mengelar diri mereka sebagai bangsa Yahudi bukan atas ras
(racial classification) tetapi agama Yahudi mereka.
Di negara-negara Arab, suku atau bangsa Arab itu adalah itilah bangsa,
bukan agama. Orang-orang Arab yang beragama Kristian akan tetap menjadi
orang Arab. Malah sikap orang-orang Arab terhadap orang-orang Arab bukan
Islam lebih mulia. Di Palestin, Syria, Iraq, Lebanon,dll terdapat
masyarakat Arab Kristian yang menpunyai semangat nasionalisma Arab yang
tinggi.
Tafsiran Perlembagaan Malaysia yang sempit menjadikan
bangsa Melayu sutu bangsa yang kecil dan tertumpu kepada negara
Malaysia. Bagi saya tafsiran Perlembagaan Malaysia meyakinkan saya
bahawa Melayu tidak wujud sebelum wujudnya kerajaan pemerintahan India
(Indianized Kingdom) di Nusantara. Sejarah Melayu bermula dengan
Parameswara dari Palembang yang berhijrah ke Melaka.
Sebelum
ini, tidak ada orang Melayu. Yang ada adalah suku-suku asli yang
bertutur dalam dialek asli Borneo atau Sumatera atau Jawa, dan
lain-lain. Di Borneo suku-suku asli in kini dikenali sebagai suku
Dusun/Dayak. Masyarakat Melayu yang kita kenali di Pulau Boneo adalah
masyarakat Dusun/Dayak yang memeluk agama Islam atau masuk Melayu.
Negara
Brunei berasal dari Atak Batatar yang dieprcayai suku Murut atau Dusun
Bisaya yang memeluk agama Islam dan memulakan kesultanan Brunei sehingga
sekarang. Rakyat Brunei adalah suku-suku tempatan yang telah memeluk
agama Islam dan mengubah cara hidup sebagai orang-orang Melayu Islam.
Demikian
juga, Malaysia tidak boleh mengatakan bahawa masyarakat Malagasy di
Madagascar adaalah orang-orang Melayu. Ii kerana meereka tidak memenuhi
syarat-syarat perlembagaan Malaysia. Masyarakat Malagasy sebenarnya
berasal dari Pulau Borneo dan bahasa mereka mirip kepada bahsa manyan
yang seterusnya mirip kepada bahasa Dusun di Sabah.
Walaua
bagaimana pun, tafsiran bahawa Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu
sebenarnya ada kebenaran. Ini disebabkan ianya bukan isitilah untuk
semua penduduk asli di kepulauan nusantara yang dikenali sebagai malayo
polynesian. Ianya dalah istiah untuk masyarakat kacukan yang berasal
dari Melayur India.
Penduduk asli yang dinamakan malayo
polynesian memunyai ciri-ciri mongoloid bukan India walau pun
kebanyakannya berkulit gelap sawong. Namun orang-orang Melayu di
Malaysia hampir kesemuanya keturunan kacukan India atau Arab yang masih
dapat diteliti dalam paras atau kulit penduduk Malaysia sekarang yang
mirip India atau Arab - gelap, tinggi lampai, tinggi batang hidung dan
bibir nipis dan bentuk kepala yang jelas bukan asli Nusantara.
Orang-orang Kelantan dan Kedah adalah di antara suku-suku tempatan yang
paling asli, atau suku-suku pendatang seperti suku Bugis, Jawa, Acheh,
dan lain-lain yang hampir kesemuanya masih mempunyai ciri-ciri Mongoliod
yang jelas.
Kalau nak tahu, siapa melayu sebenar, inilah jawapannya.
Anak Borneo
*Tahukan
anda bahasa Dusun/Iban adalah asal usul 30% dari bahasa Melayu modern.
Bahasa melayu berasal dari Borneo, bukan Semenanjung Malaysia.
Orang-orang Dusun/Dayak berhijrah ke Sumatera dan menjadikan Bumi
tersebut tanah mereka. Berkahwin dengan orang India telah melahirkan
suku bangsa Melayur atau Melayu. Kerajaan Melayur (Indianized Kingdom)
telah memulakan sejarah Melayu.
Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:
Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit
Susunan ayat bersifat Melayu
Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)
bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan)
Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)
Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat)
Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhat****ta)
Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)
dipetik darihttp://www.tutor.com.my/stpm/asal_usul_bahasa/asal_usul_bahasa_melayu.htm
Saya mendapati istilah Melayu kuno amat menarik. Sepeti d atas, bunyi b ialah w dalam melayu kuno.
Contoh bahasa Dusun (Ranau) Sabah.
Bulan Wulan
Betis Wotis
Batang Watang
Batu Watu
Buloh Wuloh
Bulu Wulu
Berat Wagat
Banyak bahasa Dusun Ranau mirip bahasa melayu kuno
Contoh
Mata mato
Telinga tolingo
Hidung todung
Lidah dilah
Paha poo
Siku siku
Betis wotis
Darah raa
Lengan longon
Pusat pusod
Isi tonsi
Tulang tulang
Lemak lunok
Makan makan
Minum minum
Bunga bunga
Buah tua
Dahan raan
Batang watang
Daun roun
Kayu kayu
Tanah tana
Batu watu
Awan tawan
Sawat sawat
Bulan wuan
Itik putik
Pelanduk pelanuk
Buaya buayo
Tikus tikus
Beruang bohuang
Sesungguhnya, bahasa Dusun Ranau (Borneo) adalah merupakan asal usul bahasa Melayu kuno.
http://www.tutor.com.my/stpm/asal_usul_bahasa/asal_usul_bahasa_melayu.htm
Di mano manusio ni setia dapat DOA pdpd insan yg taat pd Rob..Allah swt.d pd Rasulallah .
BalasPadam