Ahad, 3 Mei 2009

HATIKU SEDIH MELIHAT MANUSIA TERBIAR







HATIKU SEDIH MELIHAT MANUSIA TERBIAR

Hatiku sedih melihat manusia khususnya Umat Islam
Mereka serba-serbi terbiartidak ada yang benar-benar menjadi penyelamatKalaupun ada nampaknyahendak menjadi penyelama
tada kepentingan diri, ada udang di sebalik batu
Penyelamat tidak juga sampai, mereka tetap terbiar
Ada juga yang ingin jadi penyelamattapi jahil tidak tahu caranya
Masalah manusia tidak diselesai-selesai juga
Ada di kalangan manusia fakir, miskinpapa kedana, kehidupan mereka tidak terurusTidak ada siapa yang membela dan memikirkan
Kerana kesusahan mereka terdedah kepada berbagai-bagai penyakit tidak ada siapa yang memperdulikanRamai di kalangan mereka tidak kenal Tuhan dan tidak memperdulikan Tuhan Tidak ada siapa yang hendak menyampaikan risalah Tuhan kepada mereka


Kalau ada pun yang datangberdakwah kepada merekalebih bermotif politik atau ada tujuan hidupMaka agama mereka tetap terbiarmereka tetap kehilangan TuhanKerana kehilangan Tuhanmaka hilanglah kasih sayang sesama manusiaBila hilang kasih sayang sesama manusiaberlakulah hasad dengkihina-menghina, kata-mengataLahirlah fitnah-memfitnahjatuh-menjatuhkan, mementingkan diriMaka krisis, pergaduhan dan peperangan berlaku di kalanagan manusiaLebih-lebih lagi tidak ada siapayang datang menjadi pendamainya Kalau ada pun nampaknya pendamaimacam cerita kucing melantik hakim seekor beruk Kucing tetap berkelahi, beruk yang senang dan kenyang atau mendapat untung 


Ada penguasa-penguasa dan orang-orang kayamenindas dan menzalimMereka melakukan sewenang-wenangnyadengan kekuasaaan dan kekayaannyaNamun tidak ada pun tangan-tangan besiyang dapat menghalangnyaKalaupun ada tangan-tangan yang hendakmenghalangnya tapi tangan yang lumpuhNamun penindasan dan penzalimantetap bermaharajalelaAku memohon maaf kepada-Mu Tuhankerana tidak dapat menjadi pembela atau penyelamat 



Janganlah kerana kemiskinan dan tidak sampainyarisalah Islam kepada merekaaku dipersalahkanJangan pula seluruh kesalahan merekadipertanggungjawabkan kepada bahukuAku memohon maaf dan ampundi atas kelemahanku TuhanJanganlah Engkau bertindak ke atas diriku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan