Ahad, 3 Mei 2009

MADAH HATI...... ABUYA ASHAARI AT TAMIMI




..Kalaulah kejahatan dan kebaikan itu dinilai dengan akal, seluruh kebaikan dan kejahatan tidak akan dapat dinilai dengan tepat, akan berlakulah sebahagian kebaikan dianggap kejahatan, dan sebahagian kejahatan dianggap kebaikan, dan berlakulah krisis nilai yang akan membawa krisis moral dan masyarakat. Oleh itu ukurlah dengan neraca iman dan syariat.

..Jagalah lidah yang lembut ini, dia boleh merosakkan dan boleh membaiki,boleh memecah-belah boleh mendamaikan, boleh menaikkan boleh menjatuhkan,boleh menginsafkan boleh meliarkan, boleh bermusuhan boleh berkasih sayang, boleh membohongkan boleh membenarkan, dengan kata-kata lain lidah adalah penawar, lidah juga adalah racun.

..Paling hebat ahli sains dapat mengesan perkara yang halus yang tidak dapat dikesan oleh mata, yang masih bersifat dunia, tapi ahli kerohanian dapat mengesan lebih halus dari itu iaitu dapat mengetahui kehidupan di alam yang tidak bersifat dunia iaitu alam Akhirat


..Berusaha dan bekerjalah untuk mendapatkan ketentuan dari Allah. Janganlah menunggu ketentuan dari Allah tanpa berusaha dan bekerja. Berusaha dan bekerja adalah hak kita, menentukan adalah hak Allah.
..Percaya kepada qada dan qadar amat mudah, menghuraikan tentang qada dan qadar oleh cerdik pandai pun mudah juga, tapi hendak tunduk dan senang hati dengan qada dan qadar bila terjadi amat susah, orang yang bertaqwa sahaja yang boleh berbuat demikian.

..Di antara perkara yang mudah dicerita, susah diamalkan ialah sifat sabar. Kerana sabar itu ada hubungannya dengan hati, hati ada perasaan. Lidah tidak ada perasaan, cuma ada sentuhan.
..Kejahatan-kejahatan yang lahir di tengah masyarakat atau kehidupan ini bermula daripada kejahatan hati. Oleh itu di samping memikirkan kejahatan lahir jangan lupa memikirkan kejahatan hati.


..Menjaga dan mengurus harimau, ular dan perkara atau makhluk yang merbahaya lebih selamat daripada menjaga dan mengurus dunia. Kerana orang sedar makhluk-makhluk tadi merbahaya, orang sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga agar tidak memudaratkannya tapi dunia hati manusia cenderung, mata senang melihat, nafsu suka dan kebanyakan manusia tidak terfikir merbahaya akibatnya dunia merosakkannya.

..Bagi orang yang terzalim janganlah susah hati kerana ada satu lagi mahkamah Rabbuljalil di Akhirat nanti yang akan mengadili. Para penzalim janganlah senang hati, kamu akan dibicarakan di Akhirat nanti, data dan fakta terang sekali. Di waktu itu kamu sendiri berpuas hati.
..Bermacam-macam alat dan bermacam-macam ubat dicipta oleh manusia untuk kesihatan badan. Tapi manusia manusia tidak pula ghairah mencipta alat-alat dan ubat-ubat untuk kesihatan hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan